::SEKAPUR SIRIH::

Selamat berkenalan dan semoga silaturrahim yang terjalin menjadi asbab kita dirahmati Allah s.w.t

ARISSTO MELAKA

" SUKA MINUM KOPI? TAPI SUSAH NAK JUMPA KOPI YANG BERKUALITI?"

FAKTA : 

Masih ramai belum tahu kebaikan kopi asli untuk kesihatan tubuh badan sebaliknya ramai lebih gemar  mengambil kopi "buatan" yang tinggi kandungan serbuk campuran pewarna, perasa dan gula buatan.

LANGGAN MESIN HAPPY MAKER DENGAN HANYA RM1/SEBULAN DAN BREW KAPSUL SERBUK KOPI ASLI ITALI DAN NIKMATI KEASLIAN KOPI SEBENAR 


Apa yang anda akan dapat melalui tawaran istimewa ini ?

1. Mesin Happy Maker dengan kadar langganan hanya RM1/sebulan
2. Pembelian kapsul kopi arissto, iaitu kapsul kopi dari Itali dengan harga lebih rendah bermula dari harga RM1.79/kapsul sehingga RM2.16/kapsul.




10 Kebaikan dan khasiat kopi antaranya:

Penggemar kopi, maka anda pasti akan suka dengan senarai di bawah.

KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT

1. Kopi membantu tingkatkan tahap tenaga dan mengelakkan daripada cepat berasa letih.

Hal ini kerana ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein, selepas anda meminum kopi, kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ, ia akan dihantar ke otak.

Di otak, kafein akan menghalang adenosina (inhibitory neurotransmitter). Apabila perkara ini berlaku, kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepinephrine dan dopamine akan meningkat – membawa kepada peningkatan neuron.

Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.

2. Kopi membatu pembakaran lemak ( kini kafein yang terdapat di dalam kopi sudah diaplikasikan di dalam kebanyak produk supplement ubat kurus (fat burner)

Terdapat rahsia di sebalik itu. Kafein merupakan salah satu bahan yang mempunyai bukti kukuh dalam membantu pembakaran lemak badan.

Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meingkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%

Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.

Walaupun begitu, kesan ini akan berkurangan bagi orang yang sudah terlalu kerap meminum kopi.

3. Kopi membantu tingkatkan prestasi fizikal. Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.

Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.

Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.

Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.

4. Kopi memiliki nutrisi yang baik. Kopi bukan sahaja sebarang air yang berwarna hitam. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda.

Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:

Riboflavin (Vitamin B2)
Pantothenic Acid (Vitamin B5)
Manganese dan Potassium
Magnesium dan Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.

5. Kopi membantu mengurangkan risiko kencing manis tahap 2. Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat merunsingkan, terutama di Malaysia. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis.

Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!


6. Kopi bantu mencegah risiko penyakit Alzheimer dan Dementia. Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dan penyebab kepada dementia.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit Alzheimer ini.

Ini merangkumi pengamalan gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi juga boleh membantu.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.

7. Kopi bantu mengurangkan risiko parkinson. Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf juga, ia kedua paling banyak selepas Alzheimer.

Ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak.

Sama juga seperti Alzheimer, tiada penawar. Oleh itu adalah terbaik jika kita cari jalan mencegahnya.

Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%

Dalam kajian ini, mereka menyimpulkan bahawa bahan kafein yang bermain peranan kepada penurunan risiko, bukannya kopi itu sendiri. Hal ini kerana orang yang minum kopi deface tidak mengalami penurunan risiko.

8. Kopi membantu melindungi hati. Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan.

Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain.

Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.

9. Kopi bantu melawan kemurungan dan membuatkan anda Lebih gembira. Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda.

Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya.

Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.

Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi.

10. Kopi mencegah risiko beberapa jenis kanser. Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan.

Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:

Kanser hati
Kanser kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%

Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%.

AMARAN !!

Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jangan terlebih dos. Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain pula, kopi boleh menghilangkan rasa pening. Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.

Kesimpulan

Secara ringkas, khasiat kopi ini banyak namun bukan untuk semua. Ada segelintir orang yang tidak menyukai kopi. Tidak mengapa, mereka mungkin lebih berminat kepada teh hijau.

Kopi sekarang pula sudah banyak pilihan. Anda boleh dapatkannya di pasar raya berdekatan. Elakkan 3-in-1, dan pilihlah serbuk kopi atau yang perlu dibrew sendiri.

Untuk info lanjut berkenaan kopi Itali dari Arissto boleh TEKAN SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Chempaka Saffiyah FB Official

Nama
Phone Number:
Anda berminat untuk? Turun Berat
Naik Berat
Happiness is ennoying the little thing in life
Apa impian anda?

Click here LIVE IN PRESENT MOMENT,LOVE YOUR SELF & APPRECIATE OTHERS.